Antara Kursus Pengajian & Universiti, Mana Satu Lebih Penting?

August 22, 2017
Share on FacebookShare on Google+Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn

Keputusan UPU telah diumumkan. Malah keputusan rayuan juga diumumkan pada hari ini. Anda yang berjaya dalam permohonan, tentulah melompat kegembiraan. Rasa bangga dan tidak sabar menanti hari pendaftaran. Manakala anda yang tidak berjaya, termenung seketika mungkin sudah berputus asa.

 

Tidak mengapa, rezeki masing-masing. Apa yang kami hendak kongsikan menerusi artikel ini bukanlah mahu mematahkan semangat anda yang telah berjaya mendapat tempat di UA tetapi, adakah anda yakin bidang pengajian yang ditawarkan itu menjanjikan peluang pekerjaan di luar sana selepas tamat pengajian?.

 

graduan-menganggur

 

Kami kongsikan hakikat sebenar dunia pekerjaan sekarang. Bidang apakah yang majoriti graduannya bekerja dalam bidang yang sama ketika mereka belajar dan bidang manakah yang majoriti graduannya menyimpang jauh daripada bidang tersebut. Berdasarkan kajian oleh laman carian pekerjaan nombor 1 di Malaysia Jobstreet.com, kami kongsikan 10 bidang pengajian yang majoriti graduannya bekerja dalam bidang yang sama dan 10 lagi bidang pengajian yang sebaliknya mengikut turutan. Paling atas adalah paling baik/buruk.

 

BIDANG PENGAJIAN YANG MAJORITI GRADUAN BEKERJA DALAM BIDANG YANG SAMA

 

 

BIDANG PENGAJIAN YANG MAJORITI GRADUAN TIDAK BEKERJA DALAM BIDANG YANG SAMA

 

 

Jika anda berada di bawah kategori yang pertama atau kursus yang tidak ada dalam senarai, selamatlah kerana memang industri sekarang memerlukan graduan dalam bidang berkenaan atau setidak pun masih ada peluang pekerjaan yang ditawarkan. Jika dibawah kategori yang kedua, apa yang anda akan lakukan?. Jika kami berada di tempat anda, berikut adalah antara langkah yang akan dipertimbangkan :

 

  1. Tamat pengajian berniat untuk sambung ke peringkat seterusnya dan masuk ke bidang akademik
  2. Cuba memohon pertukaran kursus selepas mendaftar nanti
  3. Berfikir untuk tolak tawaran dan memilih kursus yang memenuhi permintaan industri di Institusi Swasta
  4. Berfikir untuk tolak tawaran dan mohon pengambilan kedua pada bulan Oktober/November ini
  5. Memilih untuk mengikuti kursus kemahiran berasaskan permintaan industri (Belajar percuma, gaji lumayan)
  6. Teruskan pengajian, tamat ijazah nanti mohon SL1M atau ikuti latihan kemahiran dibawah INSEP

 

KLIK GAMBAR UNTUK BACA ARTIKEL :

 

SECOND-INTAKE-UNIVERSITI-AWAM

 

INSEP

 

Memang rezeki itu ditangan yang kuasa, tetapi bukanlah ianya merugikan jika belajar sahaja tanpa mengamalkannya?. Belajar tanpa amal ibarat pohon merimbun yang tidak berbuah. Adakah anda ingin mensia-siakan apa yang dipelajari?. Suka kami ingatkan kepada anda, dimana sahaja anda belajar tidak penting tetapi bidang pengajian dan bagaimana anda mengaplikasikan apa yang dipelajari itu lebih penting.  Asalkan sijil tersebut diiktiraf MQA, itu sudah memadai.

 

Anda sendiri pernah dengar, ramai yang memandang rendah graduan lulusan universiti. Jika dahulu pandangan serong itu dilemparkan kepada graduan kemahiran, kini tidak lagi. Kerana apa?. Pengangguran dalam kalangan mereka sangatlah rendah dan gaji yang diperolehi juga cukup lumayan.

 

petikan ahkbar

 

Beribu graduan di luar sana yang masih menganggur atau bekerja di luar bidang pengajian mereka, inginkan masa itu diputarkan semula dan memilih laluan kemahiran atau bidang  yang memenuhi permintaan industri semasa. Tetapi anda, masih berpeluang lagi untuk mengubahnya. Fikir-fikirkanlah, keputusan hari ini akan tentukan kedudukan anda di masa hadapan. Semoga berjaya kami ucapkan!.

 

Kepada anda yang mungkin berubah fikiran, boleh rujuk artikel berikut untuk peluang menlanjutkan pengajian ke bidang kemahiran dan tip memilih universiti swasta :

Senarai Keseluruhan Institut Kemahiran Latihan Awam (IKLA) yang Perlu Memohon Melalui UPU

4 Universiti Awam yang Terima Lulusan Diploma Kemahiran untuk Peringkat Pengajian Ijazah Sarjana Muda!

Tiada Lagi Diskriminasi Kepada Pelajar Aliran Kemahiran untuk Sambung Pengajian ke Peringkat Ijazah Pertama!

Semakan Keseluruhan Program Pengajian di IPTA/IPTS/Kemahiran yang Mendapat Pengiktirafan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) (Semakan senarai UA/IPTS yang ada kelayakan MQA jika berminat tukar kursus)

Kursus Kemahiran Ditanggung Kerajaan dengan Kelayakan Minimum untuk Lepasan SPM dan Graduan IPT di KISMEC

12 Kerjaya Tanpa Pendidikan Tinggi yang Beri Pulangan Gaji Lumayan!

Cara Mohon Sambung Belajar Menggunakan Sijil Akreditasi Pengalaman Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL) untuk Peringkat Pengajian Sijil, Diploma, Ijazah, Ijazah Sarjana

10 Pekerjaan Terkini & Pada Masa Hadapan yang Ditawarkan oleh Majikan- TalentCorp

 

Log Masuk