Akibat Seminar Santau dalam Perubatan Islam, Kredibiliti Universiti Sains Malaysia (USM) Dipersoalkan Netizen

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Jan 09, 2017, 07:49 pm

Santau dalam kalangan masyarakat adalah perkara biasa yang kita dengar setiap hari terutamanya dalam kalangan masyarakat Melayu. Ada sahaja individu yang kononnya mati akibat disantau pihak tertentu yang mungkin sahaja tidak berpuas hati. Walaupun perkara seumpama ini, bagi sesetengah individu, menganggap ianya mengarut, tahyul dan tiada bukti yang kukuh tetapi dengan wujudnya pelbagai kes yang tidak boleh dijelaskan oleh sains dan perubatan moden masa kini telah menyebabkan masyarakat tertarik untuk berbicara soal ini.

 

Apa itu santau?. Menurut Allahyarham, Ustaz Haron bin Din, Ulama terkenal di Malaysia, beliau sendiri tidak boleh menjelaskan maksud santau yang sebenar-benarnya, katanya, "Santau adalah istilah penyakit yang terkenal dalam masyarakat Melayu, khususnya di Nusantara. Penyakit santau ini biasanya dikenali berdasarkan tanda-tanda zahir yang dialami oleh pesakit. Contohnya batuk berpanjangan, berbulan-bulan, kadang-kadang mengambil masa bertahun, dengan menggunakan pelbagai ubat, tetapi batuk tidak hilang.

 

5275907792_6b5a6ac4e5

 

"Ada juga yang batuk mengeluarkan darah, hilang selera makan, badan kurus kering, kulit berkedut-kedut, kuku kebiru-biruan, disekeliling mata juga kebiru-biruan, tidak bermaya, sejuk kaki tangan khususnya pada petang hari, murung, tidak ceria dan sebagainya. Walau bagaimanapun, Penyakit sedemikian tidak semestinya santau. Ianya juga boleh berlaku disebabkan oleh faktor fizikal yang lain, mungkin kerana dia bermasalah penyakit paru-paru rosak atau tonsil kronik atau sakit TB, keracunan dan sebagainya.

 

awie

 

"Pesakit jenis ini biasanya akan terubat dengan doktor pakar. Mungkin kerana sudah diubati tetapi tidak sembuh, maka mereka beralih kepada rawatan alternatif. Salah satu yang sering dirujuk ialah bomoh santau atau perawat-perawat lain. Kebanyakan pengubat akan memberitahu pesakit itu bahawa dia terkena penyakit santau. Ertinya ada orang bagi dia makan sesuatu, atau dia memakan ramuan yang di dalamnya ada santau. Apa dia santau? Saya sendiri tidak tahu apa dia sebenarnya. Cuma hasil daripada percakapan banyak orang, kononnya santau diperbuat dari bahan yang amat-amat bisa.

 

disihir-guna-gambar-dalam-facebook

 

Dikatakan ia diperbuat daripada bulu ulat bulu yang mati merana (meragan), dicampur dengan bisa ular, lipan atau kala jengking dan dicampur dengan kaca halus daripada bal lampu kalimatang yang ditumbuk halus. Selepas itu ia dikatakan melalui proses adunan tersendiri dan dikeringkan, dijadikan serbuk untuk diletakkan dalam makanan atau minuman. Ini adalah cerita lisan, tiada orang yang boleh mengesahkan ia adalah santau yang sebenarnya," ujarnya panjang lebar seperti mana yang dipetik dalam laman rasmi Darussyifa.

 

1-6

 

Walaupun perkara sebegini dianggap tahyul, mengarut tetapi media tempatan kerap kali melaporkan mengenai berita santau ini. Apa yang menjadi persoalan kebanyakan orang adalah kenapa sains dan perubatan moden kadang kala gagal mencari punca untuk mengubati pesakit yang kononnya disantau ini?.

 

Baru-baru ini Universiti Sains Malaysia (USM) menjadi viral di media sosial berikutan hebahan satu seminar bertajuk Seminar Perubatan Islam- Santau yang bakal diadakan di kampus USM. Menurut kenyataan rasmi dari USM, cadangan penganjuran seminar itu dikemukakan beberapa bulan yang lalu oleh sekumpulan kakitangan yang berminat dengan isu tersebut terutamanya dalam konteks perubatan Islam. Ekoran daripada itu, institusi itu menjadi perhatian pengguna media sosial, dimana mereka mempersoalkan penganjuran program berbentuk sedemikian di universiti penyelidikan terkemuka negara.

 

santau_usm_0201

 

Berikutan tindak balas berkenaan, USM mengeluarkan kenyataan rasmi di mana mereka tidak akan menganjurkan seminar berkenaan selepas penelitian rapi dibuat. Menurut USM lagi, seminar tersebut bukanlah keutamaan institusi itu tetapi yang menjadi fokus utama USM adalah membangunakan bidang kepakaran serta kekuatan akademik dan penyelidikan termasuklah membangunkan Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT). Maka, apa sahaja seminar atau perbincangan hanyalah tertumpu kepada bidang kekuatan mengikut kepakaran sebenar yang dimiliki oleh tenaga akademik USM.

  picture1  

Seminar seperti ini tidak menjadi masalah sekiranya dianjurkan, cumanya persepsi individu itu adalah berbeza. Universiti merupakan tempat dimana tiada ilmu spiritual yang diajar tetapi tertumpu kepada ilmu moden yang telah dibuktikan kesahihannya oleh sains dan teknologi. Maka, penganjuran seminar seperti ini dikritik oleh netizen. Walau apa sekalipun, di sekeliling kita wujudnya dunia lain yang sains turut tidak mampu untuk merungkaikannya. Sama ada anda percaya atau tidak ianya bergantung kepada pegangan agama yang anda anuti.

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail