4 Universiti Awam yang Terima Lulusan Diploma Kemahiran untuk Peringkat Pengajian Ijazah Sarjana Muda!

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Jul 10, 2017, 12:31 pm

Ramai dalam kalangan kita beranggapan bahawa jika ingin melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi (ijazah pertama, sarjana (masters) dan Doktor Falsafah (PhD) mestilah memilih laluan akademik iaitu bemula dengan pra universiti dahulu selepas tamat SPM.

    [caption id="attachment_69250" align="alignnone" width="800"]shutterstock_253531033 Laluan akademik yang dikenali sebagai Pra Universiti[/caption]  

Namun, jika menggunakan laluan akademik ianya memerlukan tahap pencapaian akademik yang baik ketika SPM dan tidak hanya sekadar memenuhi syarat minimum sahaja. Ini kerana, saringan kelayakan adalah menggunakan kaedah meritokrasi yang mana siapa lebih berkelayakan akan dipilih untuk memenuhi kuota tempat yang disediakan manakala pemohon yang selebihnya walaupun layak tetap tidak akan ditawarkan

 

man-magnified

 

Jadi, sudah tentu pelajar yang lebih kepada kemahiran ini akan gagal merebut tempat. Maka, bagaimana dengan nasib mereka, adakah tiada langsung harapan dan peluang untuk mengapai impian belajar tinggi sama seperti pelajar yang dianugerahkan kelebihan dalam bidang akademik? Adilkah begitu?.

 

Bagi pelajar kemahiran yang sedang atau bakal mengikuti pengajian di Institusi Latihan Awam seperti Kolej Vokasional, Kolej Komuniti dan Insitusi kemahiran yang lain (Pastikan diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)) usah bimbang lagi kerana peluang anda untuk melanjutkan pengajian sama seperti pelajar akademik yang lain selepas anda menamatkan pengajian dan memiliki Diploma Kemahiran Malaysia (DKM).

  jpk   [caption id="attachment_69260" align="alignnone" width="757"]borang-permohonan Borang permohonan jika ada yang belum menerima sijil pengiktirafan dari JPK.[/caption]  

Anda berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah dalam bidang berkaitan di 4 buah universiti yang dikenali sebagai Rangkaian Universiti Teknikal iaitu Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP), Universti Teknikal Malaysia (UTeM), Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Universiti Tun Hussein onn (UTHM). Kursus-kursus tersebut boleh dipohon melalui laman UPU iaitu laman yang sama untuk kemasukan ke universiti awam yang lain. Berikut kami kongsikan senarai bidang yang ditawarkan. (klik pada pautan berwarna biru dibawah untuk semak senarai kursus serta syarat kelayakan mengikut kursus yang ditawarkan) :

  uthm library    

gdp_web_utmmelaka_01_thumb

    UMP_01     photo 1  

skills-education-L

 

Jadi jangan pandai-pandai lagi menyebarkan khabar angin bahawa mereka ini tiada peluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi. Inilah salah satu puncanya kenapa masyarakat memandang rendah kepada lulusan kemahiran. Tahukah anda majoriti graduan lulusan kemahiran 90% (kolej komuniti, Institut Latihan Perindustrian, dan institusi kemahiran lain) sudah memperolehi pekerjaan selepas tamat pengajian berbanding graduan lulusan akademik?. Tahukah anda juga, industri hari ini memerlukan ramai tenaga kerja yang berkemahiran?.

 

vocational-skills-job-training-1

 

Jika anda tidak percaya bahawa graduan laluan akademik sukar memperolehi pekerjaan, cuba anda fikir kenapa kerajaan mewujudkan Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) untuk graduan menganggur yang telah menamatkan pengajian ijazah?. Apa yang menyebabkan mereka menganggur?. Jawapannya adalah kerana mereka tiada kemahiran tertentu dan tiada syarikat yang mahu menggaji pekerja yang tiada pengalaman. Disebabkan itulah wujudnya SL1M ini untuk memastikan graduan mendapat peluang pekerjaan. Pengalaman kerja yang diperolehi di syarikat-syarikat besar sepanjang tempoh mereka mengikuti program berkenaan kelak boleh digunakan untuk memohon pekerjaan di syarikat yang lain.

 

SL1M

 

Walau bagaimanapun, jangan salah anggap. Kami tidak menyatakan pilihan anda salah jika memilih laluan akademik. Ianya lebih baik tetapi pastikan laluan akademik yang diambil itu, kursus yang diikuti mempunyai kemahiran serta memenuhi kehendak industri semasa. Misalnya, kursus perakaunan, kewangan, perbankan, kejuruteraan, perubatan, hospitaliti, multimedia, sains komputer/ICT, Grafik dan sebagainya. Semua kursus dalam bidang tersebut mempunyai kemahiran yang mana graduan boleh gunakannya selepas tamat pengajian nanti walaupun belum ada pengalaman. Jika tidak bekerja dengan orang lain sekali pun mereka boleh menjana pendapatan sendiri dengan kemahiran yang dimiliki.

  Accountant  

Jadi, diharapkan dengan perkongsian ini tiada lagi diskriminasi kepada lulusan kemahiran. Kepada yang menerima khabar angin juga, jangan mudah mempercayai, jika tiada bukti yang kukuh atau info yang boleh dirujuk. Pastikan diri anda peka terhadap perkembangan semasa dan perubahan yang berlaku.

bodo1

 

Nasihat kami kepada ibu bapa juga jangan memaksa anak anda mengikut laluan akademik jika mereka lebih terarah kepada kemahiran. Usah musnahkan masa depan mereka semata-mata ingin dilihat hebat di mata manusia. Walau apa sekalipun, kami doakan anda berjaya dalam apa jua pilihan sekalipun cuma pastikan pilihan yang dibuat adalah tepat supaya tidak menyesal di kemudian hari.

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail