26 Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) yang Bakal Memudahkan Laluan Anda Menjadi Guru di Bawah KPM

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Sep 20, 2017, 04:24 pm

Kami faham mengenai kebimbangan ramai lepasan ijazah pendidikan di Universiti Awam selepas tamat pengajian terutamanya di UPSI. Apakah nasib mereka nanti. Misalnya, jika anda rujuk kursus yang ditawarkan di UPSI, pihak UPSI telah memaklumkan secara jelas, "TIADA JAMINAN UNTUK LANTIKAN SEBAGAI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (GURU) DIBAWAH KPM SELEPAS TAMAT PENGAJIAN". Mereka menawarkan kursus pendidikan "OPEN MARKET".

    

Apakah maksud semua ini?. UPSI tidak lagi menjadi institusi utama yang melahirkan para guru?. Ya, itu adalah hakikatnya, kerana selain UPSI terdapat beberapa lagi universiti yang turut tawarkan kursus pendidikan. Setiap universiti mempunyai kuota tertentu untuk penempatan pelajar.  Tetapi anda jangan salah faham, bukan bermaksud anda graduan pendidikan di UPSI atau di mana-mana sahaja universiti selepas ini tidak layak ditawarkan menjadi guru dibawah KPM, cumanya tiada jaminan sama ada ditawarkan dalam masa terdekat atau mengambil masa yang lama atau tidak ditawarkan langsung. Faham?. Masih ada harapan. Jika anda ditawarkan dan melepasi temuduga pendidikan, tentu sekali akan ditawarkan. Tempohnya?. Wallahu 'alam.

    

Ramai juga yang bertanya, kenapa rakan yang lain sama ada daripada universiti yang sama atau berbeza cepat sahaja mendapat penempatan mengajar selepas tamat pengajian?. Untuk pengetahuan anda, ada bidang tertentu yang masih kekurangan guru kerana sedikit sahaja jumlah graduan dalam bidang itu, sebab itulah majoriti graduan dalam bidang berkenaan mudah mendapat tempat. Bidang apakah yang bakal memudahkan anda ditawarkan kelak? Berikut kami kongsikan :

 

  • IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (KEPUJIAN) (PENDIDIKAN KHAS) #
  • SARJANA MUDA PENDIDIKAN VOKASIONAL (ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK) DENGAN KEPUJIAN #
  • SARJANA MUDA PENDIDIKAN VOKASIONAL (PENYEJUKBEKUAN DAN PENYAMANAN UDARA) DENGAN KEPUJIAN #
  • SARJANA MUDA PENDIDIKAN VOKASIONAL (PEMESINAN AM) DENGAN KEPUJIAN #
  • SARJANA MUDA PENDIDIKAN VOKASIONAL (BINAAN BANGUNAN) DENGAN KEPUJIAN #
  • SARJANA MUDA PENDIDIKAN VOKASIONAL (KIMPALAN DAN FABRIKASI LOGAM) DENGAN KEPUJIAN #
  • SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (SAINS SUKAN)#
  • SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (TESL)#
  • SARJANA MUDA TEKNOLOGI SERTA PENDIDIKAN (KEJURUTERAAN MEKANIKAL)#
  • SARJANA MUDA TEKNOLOGI SERTA PENDIDIKAN (KEMAHIRAN HIDUP)#
  • SARJANA MUDA TEKNOLOGI SERTA PENDIDIKAN (BINAAN BANGUNAN)#
  • SARJANA MUDA TEKNOLOGI SERTA PENDIDIKAN (ELEKTRIK & ELEKTRONIK)#
  • SARJANA MUDA PENDIDIKAN DENGAN KEPUJIAN (BIMBINGAN DAN KAUNSELING)#
  • IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (MULTIMEDIA) DENGAN KEPUJIAN#
  • IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (MUZIK) DENGAN KEPUJIAN#
  • IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (EKONOMI RUMAHTANGGA) DENGAN KEPUJIAN#
  • BACELOR PENDIDIKAN (SAINS RUMAHTANGGA)#
  • BACELOR PENDIDIKAN (SAINS PERTANIAN)#
  • SARJANA MUDA PENDIDIKAN (PENDIDIKAN ISLAM)(KEPUJIAN)#
  • SARJANA MUDA PENDIDIKAN (PENGAJARAN BAHASA ARAB SEBAGAI BAHASA KEDUA)(KEPUJIAN)#
  • SARJANA MUDA PENDIDIKAN DENGAN (KEPUJIAN) PENDIDIKAN SENI DAN SENI REKA #
  • IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (SENI) DENGAN KEPUJIAN#
  • IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (BAHASA TAMIL) DENGAN KEPUJIAN#
  • IJAZAH SARJANA MUDA BAHASA CINA DENGAN PENDIDIKAN#
  • SARJANA MUDA PENDIDIKAN VOKASIONAL (MULTIMEDIA KREATIF) DENGAN KEPUJIAN #
  • SARJANA MUDA PENDIDIKAN VOKASIONAL (KATERING) DENGAN KEPUJIAN #

 

Jika anda rujuk bidang diatas, majoriti bidang berkaitan dengan kaunseling, kemahiran, pendidikan khas dan bahasa. Ya, bidang inilah yang ramai pelajar tidak berminat untuk memohon seterusnya menyebabkan kuantiti graduan yang dilahirkan tidak cukup untuk menampung jumlah pelajar. Pelajar semakin meningkat tetapi jumlah guru kaunselor yang kurang untuk tangani masalah disiplin atau memberi panduan kerjaya/belajar kepada pelajar. Selain itu, kesedaran mengenai pentingnya bidang kemahiran semakin meningkat tetapi kurang guru dalam bidang tersebut selain kemahiran dalam penguasaan bahasa juga agak lemah.

    

Jadi sebab itulah tempoh menunggu tidak lama. Paling best adalah graduan pendidikan khas. Majoriti mereka ini ditawarkan penempatan ke negeri masing-masing. Atas alasan apa?. Tentulah disebabkan oleh penggunaan bahasa "loghat " yang digunakan. Pelajar lebih mudah memahami apa yang diajarkan selain guru juga mudah untuk mengajar pelajar. Maklumlah mereka ini pelajar "istimewa", jika guru berasal dari Kuala Lumpur mengajar di Kelantan. Bukankah menyukarkan komunikasi antara mereka. "Susah demo nak pahe".

    

Makanya, pilihlah bidang yang terbaik yang akan membuka laluan anda kelak. Tetapi pastikan juga minat itu ada. Jangan hanya mahu mendapat pekerjaan sahaja. Fikirkan kehidupan anda selepas itu, mengajar itu bukan dalam tempoh setahun, dua tahun tetapi sehingga pencen. Jadi adakah anda bahagia dengan pilihan itu dan sanggupkah anda merosakkan masa depan anak bangsa sendiri dengan mengajar secara acuh tidak acuh?. Tanyalah diri sendiri. Semoga perkongsian ini membantu anda!.

 

ARTIKEL BERKAITAN

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail