12 Kerjaya Tanpa Pendidikan Tinggi yang Beri Pulangan Gaji Lumayan!

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Feb 18, 2020, 06:27 am

Apabila anda menceburi bidang pekerjaan, perkara paling utama yang dititik beratkan oleh majoriti majikan adalah kepakaran spesifik dalam bidang tertentu dan kemahiran berkomunikasi (Soft Skills). Sekiranya anda sekadar mempunyai sijil akademik tetapi gagal memiliki kemahiran yang dinyatakan tersebut, sukar untuk anda memperoleh pekerjaan yang baik.

 

Berikut kami kongsikan 12 kerjaya yang boleh memberi pulangan yang lumayan walaupun tanpa memiliki ijazah. Walau bagaimanapun, di Malaysia untuk bekerja di mana-mana agensi swasta atau kerajaan, kelulusan minima yang perlu dipenuhi adalah Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Bukan itu sahaja, pelajar juga harus bergiat aktif dalam aktiviti ko-kurikulum dan mendapat komen positif dalam sijil berhenti sekolah.

 

Juruterbang

 

Kerjaya ini memerlukan modal yang besar kerana yuran kursus untuk menjadi seorang juruterbang bertauliah boleh mencapai ke ratusan ribu ringgit. Walau bagaimanapun, gaji yang bakal anda terima juga sangat lumayan. Terdapat beberapa akademi yang menyediakan kursus Commercial Pilot Licence, seperti Malaysian Flying Academy yang terletak di Melaka. Untuk semak senarai keseluruhan pusat pengajian penerbangan awam dan swasta di Malaysia, sila KLIK DISINI

 

Penasihat Kewangan

Penasihat kewangan turut dikenali sebagai ‘wealth advisor’ merupakan individu yang mengurus dan memberi khidmat nasihat berkaitan pelaburan kewangan anda, sebagai contoh dalam unit amanah. Semua bank dan institusi kewangan ada menawarkan banyak pilihan kepada pengguna untuk melaburkan wang mereka bagi tujuan memperolehi faedah keuntungan. Kebanyakkan yang melabur ini tentulah orang-orang kaya yang sanggup membayar berapa pun jumlah yang dikenakan oleh penasihat kewangan. Adakalanya juga, keuntungan diperolehi daripada jumlah peratus keuntungan pelaburan yang diperolehi. 

 

Agen Insuran

Bagi membolehkan anda bergelar agen insuran, anda perlu lulus ujian kelayakan untuk menjadi penasihat kewangan. Antara syarikat insuran yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia dan popular di Malaysia adalah Takaful Ikhlas Sdn Bhd, Prudential BSN Takaful Berhad, Etiqa Takaful Berhad dan lain-lain. Walaupun ramai antara kita yang sedikit rimas dengan agen insuran ini, tahukah anda dengan menceburi bidang pekerjaan ini telah ramai yang berjaya malah bergelar jutawan!. Hanya perlukan SPM sahaja untuk mendaftar peperiksaan kemudian bergelar agen insuran yang sah. Ramai juga yang berhenti bekerja semata-mata untuk menjadi agen insuran sepenuh masa. Ini kerana, selama mana pemegang insuran kekal dengan polisi insuran berkenaan selama itulah agen insuran ini akan memperolehi keuntungan. Polisi pula memakan masa bertahun-tahun. Jika berjaya menjual polisi bernilai jutaan ringgit, beratus -ratus ribu juga bakal diperolehi selama bertahun-tahun. 

 

Agen Hartanah

Pernahkah anda mendengar gelaran seperti Broker Rumah, Broker Tanah?. Gelaran ini biasa kita dengar berbanding ejen hartanah. Untuk pengetahuan anda, bekerja sebagai agen hartanah boleh mendatangkan pulangan dan kepuasan yang besar kepada sesiapa yang berminat. Anda perlu memiliki sijil perakuan untuk menjadi ejen hartanah yang profesional. Mereka yang bekerja dalam bidang ini berjaya mengaut keuntungan yang sangat lumayan hasil daripada ‘mark-up’ harga hartanah yang dijual. Ada yang mendapat untung menjangkau RM50,000. Kalau dalam tempoh sebulan berjaya menjual 2 buah rumah dengan harga jutaan ringgit. Boleh bayang keuntungan yang diperolehi hanya dalam tempoh sebulan sahaja?. 

 

Welding Inspector & Welding QC Co-ordinator

Welding Inspector atau inspektor kimpalan bertanggungjawab mengawasi semua aktiviti dan tugas kakitangan kimpalan dalam memastikan kualiti kimpalan, menyiapkan kimpalan mengikut masa yang ditetapkan dan memastikan segala-galanya adalah mengikut cara kerja yang betul. Welding inspector perlu mempunyai pengetahuan lanjutan berkaitan prosuder kimpalan. Ini bagi memastikan anak buahnya memahami tugasan yang harus disiapkan. Jadi tugasan ini sangatlah mencabar dan memerlukan ketelitian selain kemahiran yang tinggi. Disebabkan tidak semua orang mampu melaksanakannya kerana pelbagai faktor antaranya persekitaran yang panas, penggunaan tenaga yang lebih dan sebagainya, kebanyakkan syarikat sanggup menawarkan gaji yang tinggi untuk pekerjaan ini. Yang penting kualiti yang dihasilkan. 

 

Offshore Inspection

Bagi mereka yang berminat untuk bekerja di dalam bidang ‘oil and gas’ seperti di Petronas, MMHE, Schlumberger, Talisman Energy dan syarikat berkaitan dengannya. Kerjaya sebagai Offshore Inspection ini sangat sesuai dengan anda tetapi anda perlu menduduki sijil-sijil profesional yang ditawarkan oleh beberapa institusi seperti CSWIP , Jabatan Pembangunan Kemahiran (Skills Malaysia), NIOSH untuk memperolehi kepakaran dan kelayakan bekerja dalam bidang tersebut. Kebaikan sijil yang dikeluarkan seperti CSWIP, ianya diiktiraf di Malaysia termasuk di peringkat antarabangsa. Memandangkan syarikat oil and gas ini sememangnya syarikat besar dan bertaraf antarabangsa sudah tentu keuntungan syarikat bernikai berbilion-bilion ringgit setiap tahun. Jika keuntungan yang diperolehi besar sudah tentu gaji pekerja, bonus tahunan juga lumayan walaupun jika anda pekerja sebagai pencuci pelantar minyak sekalipun. 

Plastics Welders

Plastics Welders bertanggungjawab untuk mengimpal plastik seperti paip dan sebagainya. Kerjaya ini juga turut akan menjana pendapatan yang lumayan tanpa perlu ada pendidikan. Cuma perlu ada kemahiran sahaja.

 

Safety & Health Officer

Seiring dengan pembangunan pesat dalam negara, syarikat-syarikat pembinaan memerlukan lebih ramai Safety & Health Officer (SHO). SHO bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja di sesuatu premis pekerjaan / organisasi mengikut standard yang telah ditetapkan oleh NIOSH DOSH. NIOSH atau National Institute Of Safety and Health (Malaysia)adalah satu badan yang banyak menawarkan sijil-sijil professional. Gaji yang ditawarkan untu kerjaya SHO ini cukup lumayan!.

 

Rig Operator / Operator pelantar minyak

Pekerja am yang membantu kerja-kerja di atas pelantar minyak. Kebanyakkan latihan diperolehi dari masa ke semasa semasa menjalankan tugas. Elaun harian yang diterima pastinya dapat menambahkan pendapatan. namun perlu ingat bahawa kerjaya sebegini perlu berkorban untuk berjauhan dengan keluarga.

 

Wireman

Untuk melaksanakan pemasangan elektrik dan pengujian di tapak. Wireman ini juga mempunyai pelbagai peringkat membolehkan mereka mengendalikan litar satu fasa atau tiga fasa untuk kawasan kediaman atau komersil.

 

Chargeman

Mengendalikan sistem elektrikal Voltan Melebihi Voltan Rendah (Tanpa Talian Aerial dan Stesen Janakuasa Voltan Melebihi Voltan Rendah). Walaupun kerjaya sebegini berbahaya kerana anda akan bermain dengan elektrik bervoltan tinggi, namun ianya memberi pulangan yang lumayan!.

  

RoHS officer

RoHS atau Restriction of Hazardous Substances Directive adalah satu arahan untuk menyekat penggunaan bahan-bahan berbahaya tertentu dalam peralatan elektrik dan elektronik. Di Malaysia, banyak syarikat pembuatan antarabangsa memerlukan pegawai RoHS untuk memeriksa dan mengesahkan barangan mereka memenuhi standard RoHS. Terdapat banyak agensi yang menyediakan kursus pensijilan kepada mereka yang berminat untuk menjadi pegawai RoHS.

 

Apa sekalipun, pendidikan itu sangat penting, kemahiran yang anda pelajari ini juga merupakan satu bentuk pendidikan tetapi lebih menjurus kepada kemahiran. Kepada ibu bapa kenapa perlu memaksa anak anda belajar apa yang tidak diminatinya?. Kenal pasti kebolehan anak anda, anda mampu mencorak masa depan yang cerah untuk mereka.

ARTIKEL BERKAITAN

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail