10 Sekolah Diumumkan Sekolah Terbaik STPM 2016!

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Mar 01, 2017, 12:33 pm

Semalam telah diumumkan Keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2016 yang telah menunjukkan peningkatan dengan Purata Nilai Gred Keseluruhan Nasional (PNGK) bertambah kepada 2.71 berbanding 2.65 pada tahun lepas.

 

stpm

 

Menurut Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Prof Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak, bilangan calon yang mendapat PNGK 4.00 (Four Flat) juga meningkat kepada 565 calon iaitu 1.31 peratus berbanding 335 calon (0.80 peratus) pada tahun 2015.

 

download

 

Bilangan dan peratusan calon yang mendapat PNGK 3.00 ke atas juga mencatatkan pertambahan iaitu 16,263 (37.62 peratus) berbanding 14,263 calon (33.97 peratus) pada tahun 2015.

 

"Dari 43,235 calon (91.75 peratus) yang hadir, bilangan calon yang mendapat 5A dan 4A dalam peperiksaan STPM 2016 telah meningkat daripada 339 calon (0.81 peratus) pada tahun lalu kepada 575 calon (1.33 peratus) untuk tahun 2016.

 

"Sebanyak 11 calon telah mendapat 5A dalam kelima-lima mata pelajaran dan bilangan calon yang mendapat 4A dalam keempat-empat mata pelajaran juga bertambah kepada 517 calon berbanding 302 pada STPM 2015," katanya.

 

Tambahnya, peningkatan ini juga mengatasi semua pencapaian sejak STPM modular diperkenalkan pada tahun 2013, katanya ketika majlis pengumuman keputusan peperiksaan STPM tahun 2016.

 

Dalam majlis berasingan, sebanyak 10 sekolah telah diumumkan sebagai penerima Anugerah Sekolah Terbaik Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2016 selepas mencatat Gred Purata Sekolah (GPS) tertinggi. Sekolah berkenaan ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sacred Heart, Sibu, Sarawak, Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang, Selangor, SMK Sin Min, Sungai Petani, Kedah, SMK Puteri, Kota Bharu, Kelantan, SMK Agama Sheikh Hj Mohd Said, Seremban, Negeri Sembilan, SMK Dong, Raub, Pahang, SMJK Jit Sin (SKK), Bukit Mertajam, Pulau Pinang, SMK Bandar Tenggara, Kulai, Johor, SMJK Chung Hwa Confucian, Georgetown, Pulau Pinang dan SMK Sultan Ibrahim (2), Pasir Mas, Kelantan.

 

black16

 

Semua sekolah berkenaan menerima sijil penghargaan yang disampaikan oleh Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid pada Majlis Penyampaian Anugerah Sekolah Terbaik dan Pelajar Terbaik STPM dan Malaysian University English Test (MUET) 2016. Seramai 14 calon terbaik STPM 2016 yang memperoleh PNGK 4.00 dipilih menerima Anugerah Pelajar Cemerlang, masing-masing tujuh calon dari bandar dan luar bandar.

 

Majlis Peperiksaan Malaysia turut memilih tiga calon istimewa yang memperoleh PNGK 3.50 ke atas dan seorang pelajar Orang Asli yang mendapat keputusan cemerlang dalam STPM 2016. Tiga pelajar lagi dipilih sebagai pelajar terbaik MUET sesi Mac, Julai dan November 2016.

 

Sementara itu,  negeri Terengganu mengekalkan kedudukan terbaik dalam keputusan STPM pada tahun ini dengan seramai 15 calon memperolehi semua A (pointer 4.0), 55 calon memperoleh semua A (2.44%) manakala 5P dan 4P pula seramai 1, 785 calon (79.19%), lulus penuh seramai 2,248 (99.73%) dan lulus sebahagian, 5 calon (0.22%), kata Shafruddin Ali Husin, Pengarah Pendidikan Terengganu.

  [caption id="attachment_67408" align="alignnone" width="800"]stpm_1488273920 Foto : Harian Metro[/caption]  

Kepada pelajar STPM yang sudah mengetahui keputusan masing-masing, kami nasihatkan untuk terus kemas kini keputusan akademik terkini dalam Permohonan UPU bagi permohonan kemasukan ke universiti awam dan elakkan membuat kemas kini di saat-saat akhir. Kami di Afterschool mengucapkan tahniah kepada pelajar yang cemerlang dan kepada yang kurang berjaya, tidak mengapa banyak lagi peluang yang boleh direbut dan bukan petanda kegagalan untuk selama-lamanya. " Orang berjaya itu perlu jatuh dahulu dan mereka bangun menebus kegagalan".

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail